Bismillahirrahmanirrahim.
Peringatan :
SPM : 245 hari lagi.
PMR : 197 hari lagi.
"Sudahkah kita bersedia?"
Alhamdulillah, hari ini [Ahad, 20 Mac 2010] merupakan hari terakhir sesi Cuti Penggal Pertama bagi tahun 2010. Diharapkan kepada semua pelajar SMIH dapat kembali ke sekolah pada hari esok, 22 Mac 2010 dan meneruskan semula segala aktiviti-aktiviti kita sama ada dalam sesi pengajaran & pembelajaran (P&P) , aktiviti ko-kurikulum , program-program di sekolah dan sebagainya.
Ingatlah , menjadi seorang pelajar juga merupakan salah satu tanggungjawab yang terbeban di bahu kita semua. Maka, seboleh mungkin tunaikanlah segala amanah yang diberikan kepada kita dengan sebaiknya dalam usaha meraih ganjaran dan redha Allah.
Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,
Sememangnya kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada memikul beban amanah. Selaku hamba Allah, khalifah, anak, pelajar, abang, kakak, adik, senior, junior, qiyadah dan sebagainya. Ada yang mungkin menganggap amanah sebagai kehormatan. Mungkin juga kekuasaan. Ada yang menerima amanah dalam ketaatan. Dan ada juga amanah yang datang dalam bentuk kewajipan yang perlu kita laksanakan bersama-sama.
Apapun juga, terpulang kepada kemahuan dan kemampuan kita semua dalam mengendalikan dan melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab ini. Dalam konteks kita sebagai seorang pelajar, sedaya mungkin, patuhilah segala arahan asatizah dan penuhilah kehendak-kehendak mereka yang sememangnya menaruh harapan yang tinggi agar kita berjaya dan cemerlang dalam aspek akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan sebagainya. Sebagai pelajar muslim juga, jagalah akhlak masing-masing di sekolah. Patuhilah semua peraturan Allah serta peraturan disiplin yang telah digariskan.
Sepertimana dalam konteks kita beramal dalam Islam, kita melakukan segala amal ibadah kerana Allah, tetapi bukan untuk Allah. Namun untuk diri kita sendiri. [merujuk kepada wasiat Imam Syafie]. Segala kebaikan yang dilaksanakan kerana Allah, pasti ganjarannya terpulang kepada diri kita sendiri. Sedang jika kita ingkar, Allah tidak rugi dan tidak kurang kemuliaannya walau sedikit pun.Renung-renungkanlah. Semoga Allah sentiasa bersama dalam setiap langkah kita. Insya-Allah!
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
[4:58]
Hargailah ilmu dan segala mutiara tarbiyah yang disajikan di sekolah. Dan sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah agar segala ilmu yang kita perolehi di sekolah mampu kita amalkan semuanya demi kebaikan Islam dan ummah keseluruhannya.
------------------------------------
Pelbagai kecemerlangan yang telah berjaya kita bersama-sama buktikan dalam tempoh penggal pertama tahun 2010 ini. Dimulakan dengan kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan, dengan meraih kemenangan dalam pelbagai acara di pelbagai peringkat, merentas desa, catur, bowling , renang dan sebagainya. Begitu juga dengan kejuaraan dalam acara bola sepak B18 peringkat daerah telah dinanti-nanti sekian lama.
Tidak ketinggalan, kecemerlangan dalam bidang akademik yang berjaya dibuktikan oleh Batch yang ke-11 SMIH dalam SPM 2009 dengan GPK 2.24 yang sekaligus berjaya menempatkan SMIH antara 100 Sekolah Terbaik di Malaysia (termasuk dalam kategori sekolah cemerlang) dan muncul selaku sekolah agama terbaik di Johor Bahru mengetepikan sekolah-sekolah (SMKA, dsb.) agama yang lain. Serta yang keempat terbaik di Johor Bahru.
Alhamdulillah.
Juga tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMIH yang baru sahaja pulang daripada mengikuti Kursus Kenaikan Pangkat KRSM. Alhamdulillah, mereka berjaya pulang dengan pangkat dan amanah baru; Ada yang sudah pun bergelar Pegawai Waran , Staf Sarjan dan Sarjan. Semoga sentiasa istiqamah dalam melaksanakan amanah baru yang diberikan Allah ini. Mudah-mudahan dengan pentauliahan antum ini akan mendatangkan kebaikan untuk semua pelajar.
Bagaimana dengan kecemerlangan kita dalam aspek sahsiah pula? Tepuk dada, tanyalah diri masing-masing.
Dan menyusul selepas ini semestinya pelbagai lagi agenda dan program-program sepertimana saban tahun yang kita lalui. Hari Ihtifal 2010 , Hari Guru 2010 dan sebagainya. Semoga Berjaya terlebih dahulu diucapkan kepada semua yang bakal berjuang dan mewakili sekolah selepas ini. Semoga semua ini dapat membangunkan lagi segala potensi yang tertanam dalam diri kita sebagai manusia. Ingatlah, segala kejayaan yang kita perjuangkan ini pastinya untuk Islam!
Dan menyusul selepas ini semestinya pelbagai lagi agenda dan program-program sepertimana saban tahun yang kita lalui. Hari Ihtifal 2010 , Hari Guru 2010 dan sebagainya. Semoga Berjaya terlebih dahulu diucapkan kepada semua yang bakal berjuang dan mewakili sekolah selepas ini. Semoga semua ini dapat membangunkan lagi segala potensi yang tertanam dalam diri kita sebagai manusia. Ingatlah, segala kejayaan yang kita perjuangkan ini pastinya untuk Islam!
Terakhir,
Selamat kembali ke HIDAYAH,
Melangkahlah dengan penuh hammasah, menuju najah!
Ayyuhat Tullaab;
Selamat Berjuang!
Sekian, Jazakumullahukhayrankathira.
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010.
Sekian, Jazakumullahukhayrankathira.
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010.


0 comments:
Post a Comment