Pengumuman kepada pelajar Banat SMIH, pada hari Rabu, [17/02/2010] akan diadakan perjumpaan KRS di SMIH bermula jam 3 petang. Semua pelajar diingatkan supaya memakai uniform KRS lengkap (t-shirt KRS, seluar hijau atau track , tudung KRS , nametag KRS , stokin hitam panjang , beret dan kasut hitam) pada hari tersebut. Antunna perlu memakai baju sekolah biasa semasa datang ke sekolah dan menukar uniform pada rehat ke-2 atau pukul 3.00 - 3.15 petang sahaja. Antunna juga diingatkan untuk membawa buku log pada perjumpaan KRS tersebut.
Diingatkan juga kepada semua pelajar SMIH yang berpangkat koperal dan ke bawah untuk melunaskan bayaran Buku Log KRS antum sebanyak RM1.50 sebuah kepada ketua seksyen masing-masing selewat-lewatnya pada hari Jumaat , [19/02/2010]. Ketua seksyen diharapkan dapat memainkan peranan masing-masing untuk mengingatkan serta mengutip bayaran daripada ahli-ahli seksyen, dan duit bayaran tersebut hendaklah diserahkan kepada Leftenan Muda Norhidayati Zulkafli.
Sekian, Jazakumullahukhayrankathira.
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010

0 comments:
Post a Comment