Sunday, 28 February 2010

Isu-isu terbaru!

Bismillahirrahmanirrahim.

1) Keputusan Pilihanraya Kecil Tingkatan 1 2010 telah pun diumumkan. Tahniah diucapkan kepada Saudara Yusuf Zamani dari kelas 1 Thabat serta Saudari Nurul Asyiqin Zabri juga dari kelas 1 Thabat kerana telah meraih kepercayaan para pelajar batch 16 seraya menjawat posisi pemangku wakil tingkatan satu bagi semester pertama pada tahun 2010. Semoga amanah serta kepercayaan yang diberikan ini disambut dengan hati terbuka dan keyakinan dalam melaksanakan segala tanggungjawabnya, insya-Allah.

2) Jazakumullahukhayrankathira diucapkan kepada semua pelajar atas aduan-aduan serta cadangan-cadangan yang telah pun diberikan pada hari aduan MPP yang berlangsung pada hari Rabu yang lepas. Mudah-mudahan segala aduan-aduan antum dapat memperbaiki lagi kelancaran perjalanan harian di SMIH.

3) Peti-peti aduan telah pun digantung di sekitar sekolah, antaranya di hadapan Bilik Gerakan Nadi Hidayah. Maka, kami sangat mengalu-alukan kesudian antum untuk menulis segala aduan, cadangan, pandangan jua harapan antum berkenaan dengan SMIH, Qiyadah, Guru-guru , Kakitangan dan sebagainya dan memasukkannya ke dalam peti-peti tersebut. Insya-Allah, pihak kami akan membaca segala luahan antum dan melaksanakan tindakan sesuai dengan luahan yang diberikan.

4) Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar SMIH yang telah berjaya bermujahadah dan menghadirkan diri masing-masing ke Sukan Piala Nuqaba' [SPN] 2010 pada jumaat lepas. Semoga antum mendapat manfaat daripada program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Briged Pembimbing Rakan Sebaya [PRS] di SMIH ini khususnya dalam melatih salah satu muwasofat tarbiyah iaitu Qawiyyul Jismi dalam diri masing-masing. Antum amatlah dialu-alukan untuk memberikan maklumbalas terhadap program SPN ini.

Diharapkan semua pelajar dapat terus istiqamah dalam mematuhi peraturan sekolah dan menjaga adab serta sahsiah masing-masing sebagai seorang pelajar MUSLIM. Fahamilah isi dan konsep ciri-ciri peribadi muslim yang sering kita dengar di sekolah ke arah usaha membentuk diri menjadi muslim yang sempurna. Kita tidak boleh menjadi manusia yang sempurna, namun, kita boleh sentiasa berusaha menuju ke arah kesempurnaan.

Sekian, Jazakumullahukhayrankathira.
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010

0 comments:

Post a Comment