
Segala pujian kepada Allah yang telah memberikan nikmat kesihatan kepada kita semua walaupun ramai di antara kita semua yang tidak sihat.Moga kesakitan yang menimpa kita semua dapat membersihkan diri kita dari segala dosa yang kita lakukan selama ini.Anggaplah ia sebagai satu pembersihan buat diri kita semua.
Sejenak penulis mengajak kita semua merenung dan berfikir kenapa penyakit ini begitu cepat merebak sehingga kesannya dapat dirasai oleh warga HIDAYAH sehingga sekolah tutup selama seminggu.Secara zahirnya boleh kita katakan bahawa ia merupakan faktor cuaca dan persekitaran yang kurang sihat.
Namun hakikatnya Allah mahu kita semua kembali kepadaNya..
kembali kepada fitrah insani..
Allah mahu kita segera bertaubat kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan..
kembali mendaulatkan syiar Allah..
kembali mengagungkan kebenaran risalah yang dibawa Rasulullah..
Ini semua sebagai satu peringatan dari Allah supaya kita perhebatkan kembali tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar yang semakin hilang dan pudar dalam masyarakat SMIH DAN SRIH.Memang tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar dimana setiap batch ada masalah dan fiil tersendiri.
Memang sebelum ini banyak kemungkaran dan kebathilan telah melata di sekolah Hidayah akibat kita menolak kebenaran ajaran Islam dan mengabaikan tugas dakwah dan tarbiah di sekolah kita yang tercinta ini.Mungkin ini adalah sebagai satu pembersihan dari segi rohani yang Allah datangkan kepada kita semua kepada kita dan juga sebagai titik permulaan kepada kita semua untuk menghancurkan dan meninggalkan segala kemungkaran dan sifat jahiliah yang telah lama bertapak dalam hati warga HIDAYAH
fIRMAN ALLAH :
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya "
Oleh itu masih ada ruang dan waktu untuk kita perbaiki keadaan sahsiah diri dan hati kita kerana bala Allah tidak datang kepada orang yang berbuat maksiat sahaja namun ia datang kepada semua meskipun didalamnya ada golongan orang soleh.Ingatlah bahawasanya Islam dan dakwah itu tidak memerlukan kita tapi kita yang memerlukan Islam dan Dakwah itu sendiri.
"ISLAH NAFSAKA WAD'U GHAIRAKA"
Akhir kalam mari kita renungkan kata pujangga yang indah ini :"Alangkah indahnya jika Islam itu letaknya di hati bukan disisi"

0 comments:
Post a Comment