Saturday, 8 August 2009

BERILTIZAM DENGAN JAMAAH PRINSIP UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH


Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...

Berdasarkan tajuk di atas, ana ingin bawakan sebuah riwayat daripada al-Shaykhan (Bukhari dan Muslim) daripada hadith Huzayfah al-Yamani katanya yang bermaksud:

"Orang ramai bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kebaikan lalu saya bertanyakan Baginda mengenai kejahatan takut-takut ia menimpa saya. Maka saya berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami pernah berada di dalam jahiliyyah dan kejahatan lalu Allah datangkan kepada kami dengan kebaikan ini. Adakah selepas semua kebaikan ini akan ada keburukan?" Kata Baginda: "Ya!". Saya berkata: "Adakah selepas kejahatan itu ada kebaikan?". Baginda menjawab: "Ya! Dan akan ada padanya itu Dakhan". Saya bertanya apakah Dakhan itu?. Katanya: "Suatu kaum yang mengikuti hidayah bukan hidayahku kamu kenal mereka dan kamu akan mencegah mereka". Saya berkata: "Adakah selepas kebaikan ini akan ada keburukan?". Jawabnya: "Ya!. Akan ada para pendakwah di pintu-pintu neraka, sesiapa yang menjawab (seruan) mereka akan dicampak ke dalamnya". Saya berkata: "Wahai Rasulullah! sifatkanlah mereka kepada kami". Katanya: "Mereka daripada kulit seperti kita dan bercakap dengan lidah seperti kita". Saya bertanya: "Maka apakah yang akan tuan suruh saya buat jika saya menemuinya?". Katanya: "Beriltizamlah dengan Jamaah Muslimin dan pemimpin mereka (Jamaah Muslimin)". Saya bertanya: "jika kita tidak ada jamaah dan imam?". Katanya: "Maka tingalkanlah semua kumpulan yang ada sekalipun engkau terpaksa berpaut pada akar pokok sehinggalah kamu mati dalam keadaan begitu".

Renung2kn dan ambillah iktibar dari kisah dalam hadith di atas..semoga segala urusan kita dipermudhkan oleh ALLAH....


1 comments:

  1. huhu.bila dilemma antara kerja+belajar.nak pilih mana?22?

    ReplyDelete